Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir

Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir

Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar untuk menyatakan nama-nama 42 ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri (PM).

Kalau Muhyiddin tidak puas hati, beliau perlu dedahkan, jangan pula minta Datuk Seri Anwar Ibrahim tunjuk bukti sokongan.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu perlu proaktif, jangan sekadar acah-acah sahaja.

Ini kerana, rakyat pun hendak tahu ahli-ahli Parlimen berkenaan boleh berpaling.

”Jangan simpan-simpan lagi! Dedahkan!

“Belum angkat sumpah, dah pusing. Tekan butang tu!,” katanya.

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin yang menggesa Anwar untuk mengemukakan jumlah SD (Akuan Berkanun) yang diperoleh daripada ahli-ahli Parlimen sebagai bukti beliau mempunyai angka yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Menurut Muhyiddin, perkara itu perlu dibuktikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam usaha mendapat kepercayaan rakyat.

”Adalah sewajarnya beliau (Anwar Ibrahim) membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

”Ini hendaklah dibuktikan melalui proses yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022 iaitu dengan mengemukakan surat-surat akuan berkanun majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan, PN sebelum ini telah mempunyai majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10.

Dalam masa sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menambah, kesemua dokumen sokongan juga telah diserahkan kepada pihak Istana Negara. MG

Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker