Adakah keangkuhan Muhyiddin punca PN gagal tawan Persekutuan, Perak dan Pahang?

SHAH ALAM – Selepas ‘berputih mata’ untuk membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri Perak, Perikatan Nasional (PN) terpaksa melupakan satu lagi negeri iaitu Pahang.

Di peringkat negeri, walaupun PN tampil cemerlang dan mengejutkan ramai apabila menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan 26 kerusi dan Pahang 17 kerusi, namun kegagalan memperoleh majoriti mudah serta membentuk jajaran, menyebabkan PN terpaksa menelan kecewa.

Ia susulan persetujuan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) yang bermula di Perak kemudian di peringkat Pusat akhirnya secara rasmi turut berlaku di negeri Tok Gajah pada Ahad.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad telah memberi perkenan pembentukan kerajaan negeri Pahang daripada BN dan PH, sekali gus berkenan melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar.



Wan Rosdy sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Besar Pahang dari tahun 2018 serta merupakan ADUN Pahang bagi kawasan Jelai sejak 2004.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Cameron Highlands itu bertanding bagi kerusi DUN Jelai dan menang dengan 10,092 undi menewaskan Dr Abdul Rasid dari PN dan Ismail Mohd Hussin (PH) yang hilang wang pertaruhan.

Wan Rosdy secara sah diangkat sebagai MB Pahang yang baharu selepas mengangkat sumpah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan hari ini.

Istiadat pengurniaan surat cara lantikan berlangsung di hadapan Tengku Mahkota Tengku Hassanal.



Dengan pelantikan Wan Rosdy dan penubuhan kerajaan negeri Pahang dianggotai BN dan PH, ia mengakhiri kemelut pentadbiran Pahang yang paling lama tergantung selepas PRU15 iaitu selama sembilan hari.

Walaubagaimanapun, pembentukan kerajaan negeri BN dan PH di Pahang sudah dijangka, walaupun PN pada saat-saat akhir bersetuju menyerahkan jawatan MB kepada BN.

Ini kerana pembentukan kerajaan BN dan PH di Perak serta peringkat Persekutuan yang mendapat penerimaan baik dalam kalangan rakyat bagaikan memberi isyarat positif kepada kepimpinan kedua-dua parti di Pahang.

Sebelum ini, Perak terlebih dahulu membentuk kerajaan apabila PH yang menang 24 kerusi di Perak memberi laluan kepada BN memegang jawatan MB Perak walaupun BN cuma menang sembilan kerusi.



Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai MB pada 21 November, tiga hari selepas PRU15.

Sementara itu, di peringkat Persekutuan, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan ‘badi PM tepi’ apabila diangkat sebagai PM ke-10 selepas PH yang mendapat 83 kerusi Parlimen berjaya melepasi majoriti mudah 112 dengan kerjasama Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam) dan Warisan (3).

Bagaimanapun, di utara tanah air, PN tidak berdepan masalah membentuk kerajaan negeri Perlis apabila parti itu menguasai 14 daripada 15 kerusi dipertandingkan.

Satu lagi kerusi dimenangi oleh calon PH di DUN Indera Kayangan yang menyaksikan dia sebagai pembangkang tunggal DUN Perlis.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker