Nabila Razali nikah senyap-senyap?
Nabila Razali nikah senyap-senyap?
Akaun Instagram milik Nabila Razali mencetuskan tanda tanya selepas penyanyi itu meninggalkan gambar berbentuk kolaj seolah-olah sedang meraikan hari bahagia (perkahwinan).
Bahkan, dalam InstaStory miliknya, Nabila atau mesra disapa Bella turut berkongsi beberapa foto seperti suasana dalam majlis resepsi pernikahan yang diadakan di tepi pantai.
Menambahkan perasaan ingin tahu ramai, Nabila turut memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan.
Lebih mencetuskan teka-teki, apabila pada ruangan bio, Nabila berkongsi emoji berbentuk cincin dan pengantin perempuan.
Bahkan dia juga berkongsi nama seorang lelaki bernama Aisy Mateen yang disertakan bersama simbol hati.
Bagaimanapun, pelantun Peluang Kedua itu bertindak menutup ruangan komen dalam Instagramnya.
Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, ketika dihubungi Kosmo! Online bagaimanapun memberitahu dia sedang menjalani penggambaran dan minta diberikan sedikit masa.
“Saya sedang shooting (penggambaran). Nanti saya ‘call’ semula,” katanya kepada Kosmo! Online.
Sekadar info, pada Mac lalu, Nabila yang juga merupakan seorang pelakon mendedahkan dirinya masih berasa sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu.
Kata selebriti berusia 29 tahun itu, pengalaman putus cinta tersebut berpunca daripada kehadiran orang ketiga.
“Kisah putus cinta ini sudah lama, sebelum saya bergelar artis lagi sebenarnya. Kami bercinta pun tidak lama sebenarnya, dalam setahun. Ketika itu saya belum bergelar seorang artis.
“Punca putus cinta adalah disebabkan orang ketiga. Saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa berita sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak,” ujar Nabila. K Online
Nabila Razali nikah senyap-senyap?
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan