Mereka bersalah hanya selepas dijatuhi hukuman – Anwar

Mereka bersalah hanya selepas dijatuhi hukuman – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, mana-mana individu hanya didapati bersalah apabila selesai dijatuhi hukuman.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata demikian ketika ditanya berhubung desakan pelbagai pihak yang tidak mahu mana-mana pemimpin politik mempunyai kes mahkamah termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilantik dalam Kabinetnya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum memutuskan mengenainya.

“Pandangan semua, kita ambil kira. Ia dalam perbincangan tetapi seperti mana yang kita tahu dari segi undang-undang hanya setelah ada hukuman (didapati bersalah).

“Yang lain itu kita akan beri pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik tidak mahu mana-mana pemimpin yang mempunyai kes mahkamah dilantik dalam Kabinet.

Ia termasuk gesaan oleh Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mahu jemaah Menteri dilantik kelak bebas kes mahkamah. BH

Mereka bersalah hanya selepas dijatuhi hukuman – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker