Pengerusi Bersatu Sabah, pemimpin DAP bincang kerjasama

Pengerusi Bersatu Sabah, pemimpin DAP bincang kerjasama

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai perkara termasuk komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini turut disertai Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Chan Foong Hin.



Jabatan Ketua Menteri Sabah, dalam kenyataan memaklumkan turut menyertai Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Jeffrey Kitingan dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Semalam, Loke dan Chan turut menyertai rombongan Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Putrajaya.

GRS terdiri daripada parti Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno). FMT

Pengerusi Bersatu Sabah, pemimpin DAP bincang kerjasama




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker