Polis Petaling Jaya terima 21 ugutan gambar bogel tahun ini

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid hari ini menggesa orang ramai agar tidak terpedaya untuk memberikan gambar bogel atau video lucah mereka kepada orang lain.

Fakhrudin berkata, ini kerana pihaknya sudah menerima 21 laporan pada tahun ini sahaja untuk kes ugutan menyebarkan bahan seumpama itu di Petaling Jaya.

“Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di media sosial, selain suspek yang dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.

“Modus operandi sindiket ini ialah memperdaya mangsa di laman sosial seperti Wechat, Facebook, Whatsapp, Michat dan lain-lain sehingga sanggup berkongsi gambar bogel atau video lucah.

Katanya, suspek akan memeras ugut mangsa agar membayar wang jika tidak ingin video dan gambar mereka disebarkan di media sosial, selain kepada ahli keluarga dan mangsa.

Netizen cadang Neelofa, keluarga ‘dihukum’ bersih tandas, cuci longkang

Katanya lagi, daripada 21 laporan yang diterima, sebanyak dua kes telah dituduh dan 19 kes lagi masih dalam siasatan.

“Polis juga telah mengenal pasti sebanyak 12 kes, mangsa telah membuat pembayaran kepada suspek hingga melibatkan kerugian sebanyak RM33,788.88 juta,” katanya lagi.

Justeru itu, Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya serta percaya kepada orang yang baru dikenali di media sosial.

“Pelbagai cara dibuat suspek menerusi aplikasi ini. Masyarakat perlu lebih bijak menggunakan media sosial dan perlu diingatkan sebarang aksi langsung di media sosial akan mudah dirakam oleh pihak kedua,” katanya lagi.

Coca-Cola ketengah jasanya di Palestin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


‘Selamatkan Palestin!’ – Paris Hilton zahir sokongan menentang Israel

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker