DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani

DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengulangi pendirian kerajaan diterajuinya tidak akan dikuasai DAP seperti dibimbangi pihak tertentu.

Saarani berkata, beliau memahami pengalaman pahit yang dialami bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika itu kerana dia menjadi menteri besar dalam keadaan beliau hanya memiliki satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), manakala yang lain didominasi komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Menurutnya, beliau (Ahmad Faizal) bersendirian dalam exco kerajaan ketika itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) di mana ada sembilan kerusi Dun.

“Kita diberi kepercayaan untuk bersama-sama sebagai pembuat dasar iaitu BN mempunyai seorang menteri besar, seorang speaker dan tiga exco.

“Jadi saya yakin apa yang dibimbangi dan ditakuti Datuk Seri Peja tidak akan berlaku pada zaman saya… Insya-Allah,” katanya kepada media selepas Majlis Makan malam Menteri Besar Perak bersama media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Faizal menyifatkan pembentukan Kerajaan Perak gabungan PH dan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dikuasai DAP.

Menurut beliau, alasan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa keputusan menubuhkan kerajaan bersama PH demi kepentingan rakyat, akan membolehkan DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri. HM

DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker