Gunung berapi Mauna Loa Hawaii mula meletus

Gunung berapi Mauna Loa Hawaii mula meletus

HONOLULU: Gunung berapi terbesar dunia, Mauna Loa Hawaii, mula meletus sehingga menyebabkan abu dan serpihan jatuh berdekatan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), letusan bermula lewat malam semalam, di puncak gunung berapi di Pulau Besar.

Awal pagi tadi aliran lava masih terkawal dan tidak mengancam komuniti berhampiran.

Agensi itu memberi amaran kepada penduduk yang berisiko bahawa mereka perlu mengkaji semula persediaan masing-masing.

Saintis kini berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlakunya gempa bumi di puncak gunung berapi.

Kali terakhir ia meletus adalah pada 1984.

Sebahagian daripada Big Island berada di bawah nasihat hujan abu yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Honolulu, yang menyatakan sehingga 0.6 sentimeter abu boleh terkumpul di beberapa kawasan.

Sebahagian daripada Pulau Besar berada di bawah pemantauan hujan abu yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Honolulu, yang menyatakan sehingga 0.6 sentimeter abu terkumpul di beberapa kawasan.

Mauna Loa adalah salah satu daripada lima gunung berapi yang membentuk Pulau Besar Hawaii dan adalah pulau paling selatan di kepulauan Hawaii.

Mauna Loa, dengan ketinggian 13,679 kaki (4,169 meter) di atas paras laut, adalah jiran yang lebih besar kepada gunung berapi Kilauea, yang meletus di kawasan perumahan dan memusnahkan 700 rumah pada 2018.

Beberapa cerunnya jauh lebih curam daripada Kilauea, maka apabila meletus, laharnya mengalir dengan lebih laju.

Ketika letusan 1950, lava gunung itu bergerak sejauh 24 kilometer ke lautan dalam dalam masa kurang tiga jam. BH

Gunung berapi Mauna Loa Hawaii mula meletus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker