Bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia

KANGAR – Bekas Menteri Besar Perlis keempat, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia pada jam 3.15 petang pada Khamis.

Perkara tersebut dikongsi anak Allahyarham, Natasya Pawanteh menerusi hantaran di Facebook yang mengesahkan pemergian bapanya.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa bapa kami, Tan Sri Datuk Seri Dr Abdul Hamid Bin Pawanteh, telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 1 Disember 2022, bersamaan 6 Jamadilawal 1444 Hijrah, sekitar 3.15 petang tadi.

“Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok 2 Disember 2022, bersamaan 7 Jamadilawal 1444 Hijrah, di Masjid Negeri di Arau,” katanya.

Allahyarham Abdul Hamid merupakan Menteri Besar Perlis keempat dari tahun1986 sehingg 1995.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara Ke-14 bermula tahun 2003 sehingga 2009.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker