Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis

Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memecah masuk dan mencuri peralatan besi di restoran milik seorang pelakon di Bandar Meru Raya di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah kedai di Klebang Putra, Chemor pada 3.20 petang.



“Dia ditahan bersama kereta jenis Proton Persona yang digunakan semasa melakukan pecah kedai dan curi dalam kes itu,” katanya.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada pelakon lelaki berusia 52 tahun itu pada 5.15 petang semalam di Balai Polis Jelapang mengenai insiden tersebut.

Yahaya berkata ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamina dan polis sedang menyiasat sama ada dia terlibat dalam kes lain.

“Kes ini berjaya diselesaikan dan suspek akan direman di Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.



Terdahulu, tular video pelakon Zul Yahya menunjukkan rakaman kamera litar tertutup di restoran miliknya yang memaparkan seorang lelaki memasuki premis itu ketika operasi ditutup dan membawa keluar pelbagai peralatan besi. FMT

Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker