Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi

KUALA LUMPUR: Seorang penceramah bebas yang sebelum ini didakwa atas sembilan pertuduhan berkaitan seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol mangsa sama.

Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel, di sini, antara 2 pagi hingga 10 pagi, 3 Dis 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Kalmizah Salleh mencadangkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang mempunyai tiga isteri serta lapan anak adalah penanggung utama keluarga.

“Anak guam saya telah hilang punca pendapatan apabila kontraknya dengan sebuah stesen televisyen telah dibatalkan,” kata peguam itu.

Hakim Tasnim Abu Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan sebutan kes pada 17 Jan depan.

“Tertuduh, peguam dan mana-mana pihak diminta tidak mensensasikan kes ini di media sosial,” kata Tasnim.

Pada 29 Nov lalu, penceramah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap remaja berkenaan antara Jun 2021 dan Februari lalu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker