Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang menyatakan bahawa dia ditinggalkan tunangnya  tiga hari sebelum pernikahan mereka berlangsung, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Menurut wanita dikenali sebagai Yessy itu, semua persiapan perkahwinan sudah disempurnakan bahkan, undangan perkahwinan juga telah selesai diberikan kepada tetamu.

“Gambar buku nikah, baju kahwin, gambar praperkahwinan, wang belanja, pakaian pengiring serta undangan ke majlis,” kata Yessy.



Menurut wanita itu, rakan-rakannya juga telah menganjurkan majlis ‘bridal shower’ seminggu sebelum majlis sepatutnya berlangsung.

Namun kata Yessy, tunangnya memilih untuk membatalkan perkahwinan tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka.

@hokcay22

sedih banget ya allah mungkin ini jalan terbaik buat kita



♬ suara asli – RYAN DONO – RYAN DONO

“Berbahagialah agar hancurnya hati saya tidak sia-sia. Terima kasih November. 2021 datang membawa bahagia, 2022 pergi meninggalkan duka,” kata Yessy.

Video tersebut menjadi tular namun, bekas tunang Yessy tampil menjelaskan keadaan sebenar yang membawa kepada terputusnya ikatan pertunangan tersebut.

Dia menerusi akaun TikTok @hokcay22 berkata, perkahwinan mereka dibatalkan kerana Yessy berubah fikiran dan meminta mas kahwin berupa geran rumah.



“Pihak perempuan yang membatalkan perkahwinan, bukannya pihak lelaki. Katanya, kalau mahu kahwin dengannya perlu ada geran rumah. Jika tiada (geran rumah), lebih baik batalkan sahaja perkahwinan,” ujar lelaki berkenaan.

Tambah @hokcay22, dia akhirnya akur untuk melepaskan Yessy kerana memilih ibu bapanya berbanding wanita itu.

Dia juga meminta netizen agar tidak salah faham mengenai kisah antara dia dan Yessy. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker