Zamani tak malu jual makanan dalam talian

Zamani tak malu jual makanan dalam talian

“Tak kisahlah orang nak cakap apa,” kata Zamani Ibrahim mengulas tindakannya menjual makanan nasi udang Manila secara dalam talian.

Penyanyi kumpulan Slam ini berkata, dia tidak kisah apa pandangan orang kerana tujuan utamanya ialah memanfaatkan peluang sementara namanya masih dikenali.

“Pada saya, kita kena bangunkan perkara ini sekarang, waktu kita masih ada populariti dan pekerjaan. Kalau sampai waktu populariti sudah merudum dan terdesak baru nak buat dan mulakan, mungkin akan menjadi satu tekanan hidup pula.

“Kalau bangunkan waktu sekarang, apabila buat perkara ini secara serius nanti orang sudah tahu dan namanya pun sudah kuat. Ia tak jadi masalah untuk pasarkannya,” katanya kepada Harian Metro.

Zamani, 51, berkata, dia cuba menceburi perniagaan itu sejak beberapa bulan lalu untuk mencari pendapatan tambahan.

“Nasi udang Manila ini adalah resipi arwah ibu mentua saya. Ia sempat diturunkan kepada isteri saya, Julie dan dia yang masak. Penghantaran di kawasan terdekat dibuat oleh saya sendiri serta atas permintaan istimewa pembeli, manakala di kawasan agak jauh menggunakan penghantar makanan.

“Alhamdulillah, sambutan untuk menu ini agak okey. Namun kalau saya sibuk dengan aktiviti seni, ia terpaksa dihentikan sekejap,” katanya.

Menurut Zamani, dia akan menyambung semula perniagaannya selepas ini secara dalam talian.

“Kami tak jual di restoran. Kami akan ambil pesanan secara terbuka dalam talian dan tengok pada sambutan. Tengoklah kalau berkembang, kami akan pergi ke arah yang lebih besar seperti buka restoran.

“Saya sebenarnya hantar sendiri tanpa caj dan peminat gembira dapat bergambar dengan saya. Setakat ini paling jauh saya buat penghantaran ialah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya. HM

Zamani tak malu jual makanan dalam talian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker