Ringgit terus naik mengukuh

KUALA LUMPUR: Faktor luaran terus mendorong ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bagi Dis, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan terus mengukuh kepada 4.4030/4100 berbanding dolar AS 4.4420/4500 ketika ditutup semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi isyarat bahawa kenaikan kadar Fed boleh diperlahankan seawalnya bulan depan, serta jangkaan China akan membuka semula ekonominya tidak lama lagi menyokong momentum menaik ringgit.



“Pasaran mungkin berubah sedikit defensif menjelang data Gaji Bukan Ladang AS yang akan dikeluarkan esok, tetapi saya fikir ringgit akan terus berada dalam aliran yang positif selagi pembukaan semula China kekal di landasan yang betul,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding euro kepada 4.5976/6049 daripada 4.6010/6098 ketika ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2420/2474 daripada 3.2487/2551 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia turun berbanding pound Britain kepada 5.3501/3586 daripada 5.3366/3467 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2282/2336 daripada 3.2007/2067 sebelumnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker