Shah Rukh Khan tunai umrah

JEDDAH: Pelakon, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dilaporkan menunaikan umrah apabila beberapa keping gambar dia lengkap berpakaian ihram tersebar di media sosial, semalam.

Dalam gambar yang tular itu, memperlihatkan SRK dikelilingi pengawal keselamatan dengan kawalan ketat semasa berada di Masjidil Haram.

Video berdurasi lima saat juga mengesahkan keberadaan SRK di sana.

Menerusi laman web Hindustan Times, pelakon itu dilaporkan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi.

Filem tersebut diarahkan oleh Rajkumar Hirani yang dibintangi SRK dan Taapsee Pannu sebagai watak utama. Ia dijangka menjengah pawagam Disember tahun depan.

Dalam perkembangan sama, hero filem Diwale Dulhania Le Jayenge memaklumkan akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Laut Merah di Jeddah.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker