Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN

SHAH ALAM: ADUN Sungai Pelek membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail, susulan dakwaan projek Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Ayer Tawar diluluskan ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Ronnie Liu mengakui projek itu diluluskan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) selepas 2008.

“Saya ingin meminta maaf kepada ketua pembangkang kerana pada sesi lalu, beliau membangkitkan isu PKPS yang melibatkan kawasan pantai di kawasan DUN beliau.

“Selepas semakan dibuat, saya mendapati projek itu diluluskan oleh kerajaan PH (sebelum ini PR). Jadi saya minta maaf,” katanya pada sidang DUN Selangor.

Pada sidang DUN lalu, Rizam (BN-Sungai Air Tawar) mempersoalkan kerajaan negeri yang didakwanya tidak mengambil inisiatif memulihkan tanah paya bakau yang sepatutnya dijadikan projek kelapa sawit secara besar-besaran melibatkan kawasan Kampung Dato Hormat, Sungai Ayer Tawar sekitar 2008.

Bekas exco pelancongan dan alam sekitar Elizabeth Wong menafikan pihaknya memberi kelulusan untuk menebang pokok bakau selepas PR mengambil alih Selangor.

Susulan itu, persidangan DUN bertukar kecoh apabila ADUN PH dan BN saling membuat tuduhan berhubung projek berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker