Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil menggesa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat RM600 bilion yang dibelanjakan pentadbiran bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana rakyat berhak tahu bagaimana Perikatan Nasional (PN) membiayai kempennya untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, RCI diperlukan untuk menyiasat secara terperinci bagaimana jumlah wang begitu besar dibelanjakan memandangkan perbelanjaan itu dilakukan semasa tempoh darurat dan Parlimen tidak dapat melakukan semak dan imbang kerana digantung ketika itu.

“Apabila kita tengok PRU15, kita tengok dia belanjakan peruntukan dan perbelanjaan yang besar untuk pilihan raya. Jadi, rakyat nak tahu dari mana dia dapat duit ini.

“Adakah duit yang dia belanja ini datang daripada ‘taxpayer’ (pembayar cukai) daripada RM600 bilion? Ini tak sepatutnya berlaku sebab kita tidak mahu ada unsur-unsur politik wang masa pilihan raya itu.

“Kita tak nak parti yang banyak menang kerusi dengan sebab politik wang dan unsur-unsur rasuah dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, penubuhan RCI lebih baik daripada pasukan petugas khas bagi meneliti perkara itu kerana ia dapat melakukan kerja lebih komprehensif melibatkan banyak agensi.

Tambah Isham lagi, RCI juga akan lebih bebas.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah, Ammar Atan menyokong gesaan diwujudkan RCI bagi menyiasat perbelanjaan RM600 bilion di bawah pentadbiran Muhyiddin dan menggesa kerajaan menyegerakannya.

Walaupun pembantu Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan membela bekas perdana menteri itu, katanya, kenyataan itu tidak mencukupi dan sekadar “penafian kosong”.

Pakatan Harapan (PH) ketika kempen PRU15 sebelum ini berkata, mereka akan menyiasat perbelanjaan RM600 bilion itu, sekiranya menjadi kerajaan.

Pada 30 Nov lalu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzah membuat laporan polis menggesa siasatan ke atas kemungkinan berlaku ketirisan dalam perbelanjaan lebih RM600 bilion di bawah kerajaan pimpinan PN antara Mac 2020 dan Ogos 2021.

Wakil rakyat PH itu kemudian memberitahu pemberita, RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker