Restoran terkenal Salt Bae kecoh, aktivis dihumban keluar restoren oleh pelayan

LONDON: Sekumpulan aktivis diheret keluar dari restoran stik mewah milik Salt Bae di tengah London selepas melancarkan protes di restoran berkenaan petang semalam.

Menurut portal metro.co.uk, kejadian tersebut berlaku di restoran Nusr-Et, di Knightsbridge milik chef terkenal Turkiye, Salt Bae yang tular kerana gaya istimewanya menabur garam pada stik.

Kumpulan Animal Rebellion menghantar lapan aktivisnya untuk mengadakan protes ‘duduk’ di restoran stik tersebut tanpa membuat sebarang pesanan makanan.

Aktivis berkenaan dilihat duduk di meja yang ditempah pelanggan lain sambil memegang replika menu yang menggariskan permintaan kumpulan tersebut.

Video yang disiarkan oleh kumpulan aktivis haiwan itu menunjukkan seorang ahli kumpulannya sedang dibawa keluar oleh kakitangan premis itu.

Bunyi sorakan kuat didengari di dalam restoran berkenaan ketika kakitangan mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada aktivis itu.

Polis Metropolitan dilaporkan tiba di tempat kejadian tetapi mengesahkan penunjuk perasaan sudah meninggalkan restoran berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker