Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), di bawah kabinet yang baharu dibentuk.

Rafizi akan menggantikan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkhidmat dengan kementerian itu sejak Ogos 2021 di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rafizi, 45, pernah menjadi Ahli Parlimen (MP) Pandan antara tahun 2013 dan 2018.



Beliau memenangi semula kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ramai yang yang berharap agar Rafizi dapat membuktikan bahawa segala teori dan formula sebelum ini dapat digunakan untuk bantu ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat berkata, barisan kabinet baharu akan menghadiri mesyuarat khas dijadual berlangsung pada Isnin ini (5 Disember).

Pengumuman barisan Kabinet dibuat di Putrajaya pada pukul 8.20 malam Jumaat dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan platform media sosial.



Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker