Tak cakap pun nak nikah – Ogy

Tak cakap pun nak nikah – Ogy

Seniwati Fauziah Ahmad Daud menafikan dirinya bakal menamatkan zaman janda seperti sangkaan ramai pihak.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, 60, berkata, risikan yang dimaksudkan dalam sebuah perkongsian Facebooknya adalah pinangan daripada produksi, DStar Management yang bakal menerbitkan pementasab teater Muzikal Wajah Rahsia Hati pada Februari tahun hadapan.

“Ramai orang ingat saya hendak bernikah. Saya tak cakap pun nak bernikah.



“Risikan yang dimaksudkan adalah pelawaan Hafiz Glamour untuk mengadakan teater muzikal ini sebenarnya. Saya tak ada cakap nak nikah pun.

“Cuma bila ramai yang doa, saya aminkan sahaja,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran teater muzikal berkenaan hari ini.

Fauziah Ahmad Daud berkata demikian ketika ditanya berhubung status yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin.

Teater Muzikal Wajah Rahsia Hati bakal diadakan di Gateway Theatre Singapura itu pada 11 Februari tahun hadapan.



Persembahan berbentuk monolog tersebut mendapat sentuhan penulis skrip, Slen Fadzil dan Zurina Waji serta bakal diarahkan pelakon dan pengarah teater, Kamaruzaman Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem.

Dalam pada itu, Ogy berkata, tawaran tersebut sudah diterima sejak lima tahun lalu, namun hanya pada tahun ini beliau memberanikan diri untuk bermonolog bercerita tentang perjalanan hidupnya.

“Banyak istikharah yang saya buat sebelum setuju terlibat dalam teater muzikal ini. Lima tahun, saya belum berani sebenarnya

“Tetapi keyakinan dan kematangan diri membuatkan saya berani. Nak pegang panggung ini bukan satu kerja mudah. Tetapi ini bukan satu bebanan.



“Saya yakin mampu untuk memberi persembahan terbaik,” katanya.

Tiket pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati Singapura pada 11 Februari depan sudha boleh ditempah secara online menerusi www.tiketmaster.sg. K Online

Tak cakap pun nak nikah – Ogy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker