Hutang ‘Along’ puluhan ribu ringgit untuk taruhan Piala Dunia

KLANG – Akibat ketagihan judi bola sepak Piala Dunia 2022, seorang lelaki kini dihimpit hutang hampir RM60,000 yang dipinjam daripada along.

Hanya mahu dikenali sebagai Francis, 28, lelaki itu memberitahu, pinjaman berkenaan semata-mata mahu membuat pertaruhan, namun nasib tidak menyebelahinya apabila pertaruhannya pada pasukan pilihan tidak ‘kena’.

“Mula-mula saya pinjam daripada kawan dan saudara sebanyak RM1,000 untuk bertaruh, biar pun kalah, keinginan untuk berjudi tidak berkurangan sehingga sanggup meminjam along.



“Entah apa yang saya fikirkan, sudahlah wang yang saya pinjam daripada rakan dan saudara-mara tidak saya bayar, malah saya mula meminjam daripada along,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, jumlah wang yang dipinjam daripada along untuk pertaruhan judi bola sepak kini mencecah hampir RM60,000.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Klang, Datuk B K Tan berkata, berdasarkan aduan yang diterima, pihaknya mendapati kebanyakan individu yang terlibat dalam perjudian itu akan mengambil jalan mudah dengan meminjam wang daripada along.

“Selepas habis wang akibat kalah dalam pertaruhan, mereka (kaki judi) mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang dan satu caranya adalah dengan meminjam along,” ujarnya.



PERTARUHAN SERENDAH RM2

Dalam perkembangan sama, kegiatan perjudian bola sepak menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat kaki judi apabila pemain boleh membuat pertaruhan serendah RM2 dengan pulangan ratusan kali ganda.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), beberapa laman web perjudian bola sepak Piala Dunia 2022 dikenal pasti menawarkan perjudian itu.

Salah seorang admin aplikasi perjudian dalam talian yang menyediakan pertaruhan berkata, kaki judi perlu log masuk akaun permainan dan perlu menekan butang ‘Sport/E- sports’ di aplikasi terbabit.



“Kemudian akan dipaparkan ‘sport provider’ dan pilih mana-mana perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 dan bertaruh.

“Aplikasi ini tidak menyediakan tips atau pertunjuk, hanya perlu bertaruh ke atas pasukan mana yang dijangka menang, kalah atau seri dan jumlah gol pada perlawanan tersebut,” katanya.

Dia berkata, aktiviti pertaruhan bermula dengan nilai pertaruhan yang sangat rendah tetapi memberikan pulangan tinggi.

“Kita menawarkan hadiah wang lumayan menjangkau sehingga 300 kali ganda daripada modal pertaruhan,” ujarnya.



Dalam pada itu, tinjauan turut mendapati sindiket pertaruhan antarabangsa dan bookie bola sepak tempatan menawarkan keuntungan yang lumayan yang kini lebih beralih kepada pertaruhan dalam talian.

Ia melibatkan proses di mana pertaruhan perlu dibuat di laman web tertentu sebelum membuat pembayaran sama ada deposit wang melalui transaksi perbankan dalam talian, pindahan wang e-wallet dan mata wang kripto.

Sindiket turut mengiklankan operasi mereka di media sosial dengan menyediakan pelbagai tawaran untuk menarik minat kaki judi.

Semakan mendapati, selain pertaruhan bola sepak Piala Dunia, laman web terbabit turut menyediakan pelbagai permainan perjudian lain.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker