Teliti segera isu UEC, dikhuatiri bawa kesan negatif pada gerak kerja pendidikan

Teliti segera isu UEC, dikhuatiri bawa kesan negatif pada gerak kerja pendidikan

Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara yang dipengerusikan Ak Nan Eh Took, dicadang mengadakan mesyuarat segera dan berbincang bagi meneliti isu Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dibangkitkan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim turut meminta jawatankuasa meneliti segera secara mendalam dan membandingkan percanggahan antara cadangan dikemukakan pihak berkenaan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.



“Isu ini perlu diperhalusi secepat mungkin memandangkan banyak kekeliruan berlaku. Sekiranya terus dibangkitkan, ia dibimbangi akan membawa kesan negatif kepada gerak kerja nasional pendidikan.

“Selain itu kemungkinan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat yang ingin isu ini segera dituntaskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rais berkata, jawatankuasa turut dianggotai Dr Wan Martina Wan Yusoff, Rita Sarimah Anak Patrick Insol, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dan Datuk R Nelson.

Dong Zong dalam kenyataan sebelum ini memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.



Dalam kenyataan itu, mereka memahami kebimbangan masyarakat Melayu dan atas dasar itu, pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

Pada masa sama, Dong Zong menyebut, semua kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM). BH

Teliti segera isu UEC, dikhuatiri bawa kesan negatif pada gerak kerja pendidikan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin



Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker