Lelaki terkejut mayat gadis Rusia tersangkut pada sangkar ikan

GEORGETOWN – Mayat seorang gadis ditemukan tersangkut pada sangkar ikan di Pulau Jerejak, Bayan Lepas pada tengah hari Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pusat operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima panggilan daripada pemilik sangkar ikan berhubung penemuan mayat pada jam 1.42 tengah hari itu

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, mangsa merupakan seorang warga Rusia berusia 34 tahun yang disyaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang jam 2.35 pagi Isnin.

“Beg tangan beserta dokumen pengenalan diri turut ditemui di lokasi yang disyaki mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Abd Razak berkata, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada jam 6.55 pagi selepas menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa mangsa.

“Operasi turut melibatkan aset agensi dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker