Lelaki sanggup bersanding dengan ‘pengantin palsu’ demi maruah keluarga

Seorang lelaki yang memutuskan pertunangannya tiga hari sebelum majlis pernikahan berlangsung, bertindak mengadakan persandingan olok-olok bersama seorang saudara perempuan bagi menjaga maruah keluarga dan mengelakkan keluarganya mendapat malu besar, lapor laman berita Pikiran Rakyat.

Lelaki tersebut, Ryan Dono mendedahkan perkara itu selepas timbul banyak salah faham di media sosial mengenai dakwaan bekas tunangnya bahawa dia memutuskan pertunangan kerana mahu berkahwin dengan wanita lain.

Menurut Ryan, dia memutuskan pertunangan dengan wanita berkenaan, Yessy, selepas gadis itu meminta geran rumah sebagai mas kahwin pada saat-saat akhir.

Bagi menutup malu, Ryan dan keluarganya membuat keputusan meneruskan majlis perkahwinan yang sudah dijadualkan dengan cara mengadakan resepsi palsu bersama seorang saudara perempuannya.

Ketika acara berlangsung, tetamu undangan tidak mengetahui bahawa ‘pengantin perempuan’ bukan isteri Ryan sebaliknya, dia hanya ‘berlakon’.

“Ibu saya mencadangkan supaya kami meneruskan majlis yang telah dirancang demi menjaga aib keluarga. Saya juga tidak mempersoalkan rancangan itu,” katanya.

Tambah Ryan, tujuan majlis itu diteruskan salah satu daripadanya adalah untuk menjaga aib pengantin perempuan namun, Yessy sendiri telah ‘membuka pekung di dada’ menerusi media sosial dan membuat dia kelihatan seperti pihak yang menjadi mangsa.

“Begitulah maksud saya, jangan sampai diheboh-heboh hal ini kerana akhirnya anda yang malu,” kata ibu Ryan.

Tambah Ryan, meskipun berasa sedih kerana tidak dapat meneruskan perkahwinan dengan Yessy, dia berusaha untuk kekal tabah.

“Saya berusaha untuk tabah dan tidak mahu ibu bapa melihat saya sedih. Saya berusaha untuk menjadi tabah di hadapan tetamu undangan tetapi di sebaliknya, saya amat sedih.

“Di hati kecil saya, saya tidak mempunyai dendam (terhadap Yessy). Walau bagaimana sekali pun dia menghina saya, saya tetap sabar dan diam,” ujar Ryan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker