Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Mike Tyson tekad kembali ke gelanggang tinju jika Canelo Alvarez ‘berani menyentuh Lionel Messi’ selepas jaguh Mexico itu mengugut bintang bola sepak itu menerusi media sosial.

Ugutan itu dilakukannya susulan kemenangan 2-0 Argentina ke atas ‘El Tri’ Sabtu lalu yang menyaksikan Messi yang menjaringkan gol pembukaan menari dan menyanyi di bilik persalinan selepas tamat perlawanan.



Tetapi Canelo naik angin selepas dia mendakwa Messi menendang jersi Mexico di atas lantai ketika meraikan kemenangan.

Dalam Twitternya dia berkata: “Anda nampak tak Messi membersihkan lantai dengan jersi dan bendera Mexico???? Dia perlu berdoa kepada tuhan agar saya tak bertemunya!!”

Bagaimanapun, ugutan Canelo itu tidak disenangi pemain lain termasuk kapten Mexico sendiri, Andres Guardado yang menganggap jaguh tinju itu salah faham.

Canello kemudiannya meminta maaf dengan keceluparannya. Menurutnya: “Sejak beberapa hari saya lalu saya terbawa-bawa dengan emosi yang mahu melihat kejayaan Mexico. Saya membuat komen tidak sepatutnya dan saya minta maaf kepada Messi dan rakyat Argentina,” katanya. “Setiap hari kami belajar sesuatu yang baharu dan kali ini giliran saya.”



Namun kenyataan maafnya hanya dibuat selepas diberi amaran oleh Mike Tyson. BBO Sports menerusi via Marca mendakwa Tyson berkata: “Seseorang beritahu saya Canelo mengugut Messi,” sebelum menegaskan “Jika sesiapa berani menyentuh Messi, saya akan kembali ke gelanggang.” HM

Jangan berani sentuh Messi – Tyson


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat



Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker