Hadi sedia lawan di mahkamah

Hadi sedia lawan di mahkamah

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sedia diheret ke mahkamah selepas disiasat polis kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pakatan Harapan (PH).

“Saya memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada polis dan bersedia untuk tindakan selanjutnya, sama ada ke mahkamah atau sebagainya.

“Ini ‘giliran’ sayalah (disiasat) dan saya nampak kerajaan baru ini, sangat proaktif.

“Saya minta supaya giliran pihak lain iaitu PH, yang (mengeluarkan kenyataan) menyentuh umat Islam juga disegerakan, disiasat sama. Kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi, 75, tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada jam 2.57 petang untuk dirakam keterangan berhubung satu laporan yang dibuat terhadapnya oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, pada 10 November lalu.

Lip Eng, yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap PH, yang mengaitkan PH dengan fahaman komunis, anti-Raja serta anti-Tuhan dalam ceramah pilihan raya lalu.

Sementara itu, peguam Abdul Hadi, Wan Rohimi Wan Daud, berkata Presiden PAS itu dipanggil untuk dirakam keterangan berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya di IPD Sentul, IPD Dang Wangi dan IPD Alor Setar, Kedah.

“Terdapat beberapa lagi laporan polis dibuat terhadap Presiden PAS (Abdul Hadi) dan jumlahnya tidak dapat dipastikan.

“Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. BH

Hadi sedia lawan di mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker