Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi

BATEMAN didakwa mengahwini 20 wanita temasuk gadis bawah umur. – Pejabat Syerif Daerah Coconino

 

WASHINGTON – Seorang ketua kultus di negeri Arizona, Amerika Syarikat didakwa kerana mengahwini 20 wanita dan gadis seawal usia sembilan tahun termasuk anak perempuannya sendiri, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut kertas pertuduhan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Samuel Rappylee Bateman, 46, ialah ketua sebuah kumpulan kecil penganut Mormon dikenali sebagai Gereja Fundamentalis Jesus Christ of Latter-Day Saints (FLDS).

Selepas mengambil alih kumpulan mempunyai sekitar 50 pengikut itu pada 2019, Bateman mengisytiharkan dirinya seorang ‘nabi’ dan mahu mengahwini anak perempuannya sendiri.

Dalam dakwaan yang disenaraikan oleh FBI, Bateman telah mengahwini 20 wanita dengan kebanyakan mereka adalah remaja bawah umur 15 tahun. Dia memaksa mereka terlibat dalam sumbang mahram, seks pedofilia dan pemerdagangan seks kanak-kanak.

Menurut satu kejadian yang dipetik dalam dokumen itu, Bateman mengarahkan tiga pengikut melakukan hubungan seks dengan anak-anak perempuannya sementara dia menonton. Seorang daripada mereka berusia 12 tahun.

Kejatuhan Bateman berlaku akhir September lalu apabila dia ditangkap polis semasa mengangkut gadis bawah umur merentasi sempadan negeri di dalam treler.

Bateman ditangkap dan didakwa atas tiga pertuduhan penderaan kanak-kanak, walaupun dia kemudian membayar ikat jamin dan dibebaskan.

Tidak lama kemudian, dia ditangkap sekali lagi oleh ejen persekutuan yang mendakwanya dengan tiga pertuduhan.

Majistret AS, Camille Bibles memerintahkan Bateman kekal dalam penjara sementara kes itu berlanjutan di mahkamah. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker