Wanita temui cacing dalam jejari ikan

Lovell menunjukkan cacing tersebut yang berada pada hujung pinggan dengan panjangnya menyamai jejari garfu. – Pen News/ Rona Lovell

LONDON – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun hampir memakan seekor cacing yang ditemui dalam jejari ikan jenama Eye Fish sebelum ibunya  pantas menyedari kehadiran haiwan itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rona Lovell, 28, mendakwa bahawa dia membeli jejari ikan tersebut di rangkaian pasar raya Asda di North Yorkshire, England.

Dia ketika itu mahu memberi makanan tersebut kepada anaknya, Scarlett apabila menyedari terdapat seekor cacing dalam jejari ikan itu

Beberapa gambar yang dikongsi  Lovell menunjukkan cacing itu  berada pada hujung pinggan dengan panjangnya menyamai jejari garfu.

“Saya menemui cacing itu selepas memotong jejari ikan dan melihat terdapat ‘objek’ berwarna hijau di dalam makanan itu.

“Saya terus hilang selera makan. Ia amat memualkan,” katanya.

Kata Lovell, dia telah memberitahu perkara itu kepada jenama Birds Eye dan setakat ini, masih belum mendapat maklum balas.

“Saya ingin menasihati anda semua bahawa walaupun anda menyangka  produk itu bagus, lebih baik sekiranya anda memeriksa semula keadaan makanannya.

“Produk-produk itu mungkin mempunyai parasit atau cacing, namun ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk menemuinya pada makanan terutamanya makanan anak anda,” kata Lovell. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker