“Macam Ada Tangan Lagi.” -Luah Pakcik Hilang Tangan Dilanggar Treler Kepada Ebit Lew

Sejak beberapa hari lepas, foto seorang lelaki warga emas yang cedera parah duduk di tengah lebuh raya kerana terlibat dengan kemalangan telah tular di media sosial.

Menerusi maklumat yang diperoleh, lelaki tersebut telah pun mendapatkan rawatan dan tangan kanannya terpaksa dipotong bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.



Ebit Lew datang ziarah

Sehubungan dengan itu, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah berkesempatan untuk menzirahi mangsa yang berusia 55 tahun di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru hari ini.

Menurut Ebit Lew, beliau berasa sebak apabila pakcik tersebut seakan masih merasai mempunyai tangan dan mahu menggerakkannya.

Bingung bagaimana nak hantar anak & isteri

Lebih menyedihkan, dia memberitahu binggung memikirkan bagaimana hendak menghantar anak dan isterinya kerja kerana hanya dia yang tahu memandu kereta.



Terdahulu, dua orang pekerja penyelenggara jalan telah dilanggar lari oleh treler di Lebuh Raya Pasir Gudang ketika membaiki jalan.

‘Dekat Situ Memang Orang Bawak Laju…’ – Pakcik Susun Kon Kena Langgar, Tangan Sampai Nampak Isi Dalam!

Foto-foto kemalangan mereka tular di media sosial kerana begitu sedih melihat kondisi pakcik tersebut yang menahan kesakitan sebelum menerima bantuan kecemasan-OhMyMedia



Sumber: Ebit Lew, Twitter

“Bapa OKU, anak pula curi kerusi roda bapa..” – Uncle Kentang Sebak [ VIDEO ]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker