Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP

 

GOMBAK – Sebuah kuil dikompaun sebanyak RM1,000 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat dalam satu majlis keagamaan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya sebelum ini mengesan satu video tular di media sosial berkaitan majlis keagamaan yang diadakan di sebuah kuil.

“Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa empat iaitu tiada penjarakan fizikal.

“Polis mengeluarkan kompaun kepada pihak pengurusan Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves di bawah Perkara 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membawa hukuman denda RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP PPN Fasa Empat yang telah di tetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pertubuhan atau individu yang gagal mematuhi SOP tersebut,” katanya.

Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker