Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
SITIAWAN: Seorang pengurus sebuah pasar raya dekat Jalan Medan Sejahtera di sini, dikompaun oleh polis kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pengunjung premis itu apabila mereka berebut mendapatkan barangan promosi.
Dua video masing-masing berdurasi 11 saat dan 30 saat itu memaparkan sekumpulan pelanggan sedang berebut mendapatkan minuman yang dijual pada harga promosi tanpa mengamalkan penjarakan fizikal, tular di Facebook hari ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 9 pagi, Jumaat lalu.
“Polis bersama Pejabat Kesihatan Daerah Manjung memanggil pengurusan pasar raya berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu pada 2 petang, hari ini.
“Susulan itu, satu kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan ke atas pengurus pasar raya kerana perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) iaitu gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung di dalam premis mengikut Akta 342,” katanya dalam kenyataan, di sini, sebentar tadi.
Nor Omar berkata, orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perlanggaran SOP ini boleh menghubungi bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran. BH
Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
Baca Artikel Menarik :
- Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
- Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
- Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
- Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
- Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
- Anya kena kecam bercium dengab Reza
- Sharnaaz risau, Emma pula obses
- Ameera Khan dikecam jual kek batik
- Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
- Khalid jangan sibuk tanah orang
- Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU</a