The One rumah paling mahal di AS, bernilai RM1.2 bilion.

The One rumah paling mahal di AS, bernilai RM1.2 bilion.

Sebuah kediaman berkeluasan 105,000 meter persegi secara rasmi menjadi hartanah paling mahal di Amerika Syarikat (AS) iaitu pada harga AS$295 juta (RM1.2 bilion).

Kediaman mega yang dinamakan sebagai ‘The One’ itu disenaraikan dalam Branden Williams of The Beverly Hills Estates dan Aaron Kirman of Aaron Kirman Group at Compass.

Rumah itu dibina oleh pemaju Nile Niami dengan matlamat untuk menjadikannya sebagai kediaman paling mahal di AS dengan harga mencecah AS$500 juta (RM2.1 bilion).

Namun, matlamat itu gagal dicapai apabila pemaju muflis pada Disember lalu dan menyaksikan The One bakal dilelong sekiranya tidak dijual menjelang 7 Februari 2022.

Dalam pada itu, Williams memaklumkan pihaknya sudah mendapat beberapa tawaran daripada kerabat diraja Arab saudi dan hartawan China untuk membeli kediaman tersebut.

Selain itu, kediaman itu juga dijangka mendapat perhatian pembeli yang menggunakan mata wang kripto untuk dijadikan pelaburan pada masa akan datang. Utusan

The One rumah paling mahal di AS, bernilai RM1.2 bilion.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker