Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Pengusaha restoran restoran India Muslim atau mamak yang beroperasi di Lembah Klang terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman pada kadar 20 sen hingga 50 sen sejak awal bulan ini bagi menampung kos bahan mentah yang naik mendadak.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan bagi menampung kenaikan harga barang yang meningkat sehingga 30 peratus.
Menurut laporan Kosmo, keputusan itu dibuat bagi memastikan restoran-restoran berkenaan masih boleh meneruskan operasi seperti biasa, sekali pun purata keuntungan yang diraih mereka sangat kecil jika dibandingkan sebelum ini.
Harga setiap makanan dan minuman di kira-kira 9,000 restoran mamak di seluruh negara dijangka naik sehingga 20 sen ke 50 sen.
Kenaikan harga tersebut akan melibatkan makanan dan minuman seperti roti canai, thosai, capati, mee goreng mamak, teh tarik dan milo.
Kami telah dapat mengekalkan harga selama lebih tiga tahun. Kami akan minimumkan kenaikan kami.
Terdahulu, beberapa syarikat termasuk Nestlé (Malaysia) Bhd dan Fraser & Neave Holdings Bhd telah menaikkan harga runcit produk tertentu ketika ekonomi kembali rancak ekoran Covid-19. Bn
Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Baca Artikel Menarik :
- Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
- Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
- Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
- Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
- Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
- Anya kena kecam bercium dengab Reza
- Sharnaaz risau, Emma pula obses
- Ameera Khan dikecam jual kek batik
- Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
- Khalid jangan sibuk tanah orang
- Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?