Gadis bertumbuk berebut teman lelaki

Tangkap layar klip video yang tular yang memparkan kedua-dua gadis tersebut sedang bergaduh. – Suara.com

 

Gara-gara berebut teman lelaki, dua remaja perempuan di Pulau  Bali sanggup bergaduh dan bertumbuk sehingga mereka akhirnya disoal siasat polis, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, dua remaja perempuan itu dilihat saling berbalas tumbukan  tanpa diketahui punca pergaduhan pada awalnya.

Susulan video yang tular itu, polis wilayah Buleleng menjejaki kedua-dua gadis terbabit termasuk individu yang merakam aksi mereka dan memuat naiknya  di media sosial.

Ketua Polis Buleleng, Andrian Pramudianto mengesahkan pihaknya telah mengesan dan menyoal siasat semua individu yang terlibat dalam klip video itu.

“Kami telah menyoal siasat kesemua mereka, namun tidak ada laporan polis yang dibuat.

“Kesemua yang terlibat juga telah berdamai dan mereka diberi amaran agar tidak mengulangi perbuatan itu,” jelasnya.

Tambah Andrian, berdasarkan keterangan, kedua-dua gadis itu mengakui mula bergaduh disebabkan oleh teks pesanan ringkas yang dihantar menerusi telefon bimbit. Mereka dilaporkan bertengkar kerana berebutkan teman lelaki.

“Kami hanya boleh menyatakan bahawa mereka ada memberitahu mengenai masalah berebut teman lelaki, namun kami tidak dapat mengesahkannya.

“Kedua-dua gadis itu juga merupakan remaja bawah umur. Justeru, ibu bapa mereka telah dipanggil dan diingatkan agar kejadian sama tidak berulang,” kata Andrian lagi. – Agensi

Gadis bertumbuk berebut teman lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamarudin disingkir jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker