MBI Kedah tahu berlaku kecurian REE di kompartmen Bukit Enggang
MBI Kedah tahu berlaku kecurian REE di kompartmen Bukit Enggang
ALOR SETAR: Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah didakwa mengetahui berlakunya kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) secara besar-besaran di kawasan kompartmen miliknya di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini berdasarkan kewujudan dua warga China yang diambil bekerja sebagai pakar profesional oleh MBI bagi mengkaji tapak REE di kawasan berkenaan.
“Dalam ceramah di Guar Chempedak, saya sebut kecurian REE yang dikenakan kompaun oleh Pengarah Pejabag Tanah Galian (PTG) Kedah ke atas MBI. Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI dan pengarah sebuah syarikat kena (tahan), itu biar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jalankan tugas.
“Saya nak sebut di mana MBI terlibat, apabila dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Sanusi akan tepis kata MBI tak terlibat. Saya nak sebut bahawa MBI tahu dalam kompartmen atau kawasan mereka berlaku kecurian REE besar-besaran, ada dalam pengetahuan mereka.
“Sekurang-kurangnya sudah ada dua fasa tangkapan, yang pertama lebih 50 orang yang ditangkap, siasatan masih berjalan dan saya masih kumpul bukti. Tetapi yang ditangkap itu bukan dituduh mencuri, tetapi menceroboh hutan simpan. Kena kompaun sahaja, ada orang bayar pula, masa kena tangkap ada orang jamin, jadi ringan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebagai pihak yang mengambil pekerja warga China terbabit, MBI sepatutnya mengetahui apa dilakukan kumpulan terbabit, sama ada eksplorasi atau mencuri REE.
“Sanusi ada menulis surat kepada menteri sebelum saya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin minta dibawa masuk 10 jurutera dan 21 pekerja mahir, tapi surat CEO MBI kata 21 itu pekerja am. Dia minta mereka ini diberikan pas masuk bekerja.
“Bila saya lihat ada dua nama meragukan, warga China yang jadi perunding yang juga konsultan kepada projek REE ini. Saya minta Sanusi jelaskan kedudukan dua orang ini yang Pas Lawatan Ikhtisas mereka menunjukkan majikan mereka adalah MBI dan dua orang ini masuk menjadi staf profesional MBI.
“Mereka ini kepakaran apa, berapa lama kontrak bekerja dengan MBI, berapa dibayar, apa tugas kerja mereka? Kerana salah seorang mereka adalah yang ditangkap menceroboh hutan simpan. Saya nak tanya Sanusi di mana dua orang ini sekarang? Mengapa 21 orang ini dibawa masuk hanya untuk jadi pekerja am?” katanya.
Beliau turut mendedahkan, sebahagian pekerja warga China terbabit juga dibawa masuk menggunakan pas rawatan yang sepatutnya digunakan untuk mendapat rawatan kesihatan di negara ini.
“Sebahagian warga China yang masuk itu atas permit perubatan untuk mendapat rawatan, mereka ini sakit kah? Saya nak tanya Sanusi, hospital mana mereka dapat rawatan? Saya nak dia dedahkan. Saya tahu 21 orang itu namanya apa, nombor pasport apa, masuk pas apa, kerja di mana, bila masuk.
“Kita nak beritahu bahawa pendedahan ini menunjukkan Sanusi selaku Menteri Besar, Pengerusi MBI yang mendapat kawasan kompartmen mengandungi REE dan membawa pekerja China, tangkapan pertama tidak kurang 380 kampit REE bahawa ini bukan eksplorasi, ini curi.
“Lesen eksplorasi maksudnya kalau kita nak usaha hasil, kita tak tahu banyak mana kandungannya, tebuk untuk ambil sampel, puas hati baru ambil lesen carigali dan melombong. Ini 380 kampit REE diambil, ini terjadi kerana ada surat daripada CEO MBI yang memberikan mereka lesen mengorek,” katanya. BH
MBI Kedah tahu berlaku kecurian REE di kompartmen Bukit Enggang
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)