Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan mengenai parti yang bakal diberikan peluang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng di sini.

Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehingga kini, pihaknya berpendapat kerusi itu masih belum diperuntukkan kepada mana-mana parti sama ada PH atau Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, adalah lebih baik semua pihak menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Anwar selaku Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan.



“Biar mereka (Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan) putuskan. Jika tidak ia akan menyebabkan berlaku (pertikaian kerusi DUN Lenggeng) seperti hari ini.

“Masing-masing sebenarnya belum boleh mendakwa bertanding kerusi itu selagi tidak diputuskan kepemimpinan utama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Hadiah Kemenangan Kepada Pasukan Hoki Wanita Negeri Sembilan Bagi Kejohanan Liga Hoki TNB Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN akan bertanding 17 kerusi DUN negeri ini termasuk satu kerusi tambahan iaitu DUN Lenggeng.

Timbalan Presiden UMNO itu mendakwa, perkara itu diberitahu kepadanya oleh Anwar sendiri.



Untuk rekod, kerusi DUN Lenggeng dimenangi oleh PH melalui Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Amanah turut memenangi dua kerusi DUN yang lain iaitu Paroi dan Klawang pada pilihan raya berkenaan.

Aminuddin sementara itu menarik perhatian, apa yang kelihatan ketika ini ialah terdapat dua pihak mahu bertanding di kerusi tersebut yang terletak dalam kawasan Parlimen Seremban.

“Satu pihak mahu mempertahankan kerusi tersebut manakala satu pihak lagi menuntut untuk bertanding di situ tetapi ia masih belum diumumkan oleh Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan.



“Mungkin mereka (yang mendakwa diberikan kerusi itu) ada maklumat tetapi kita akan tunggu Pengerusi PH umumkan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London



DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker