Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk tidak bersikap defensif terhadap serangan yang dibuat pihak lawan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno tidak boleh mengalah sebaliknya perlu melawan dan menyerang mereka kembali habis-habisan.

“Dulu propaganda dia (Perikatan Nasional) ‘bersih’ dan kita pula tak jawab banyak, rupa-rupanya tertanam di sebahagian anak-anak muda kita, memang betul ‘bersih’.



“Saya Menteri Kewangan, tengok fail-fail, saya dulu ketua pembangkang, memang serang kuat, tapi tak terjangkau apa yang mereka lakukan, dengan perjudian haram, orang kata biasa, masa PN naik kepada 22 dengan PAS dan Bersatu di situ.

“Masa kita, saya dengan Zahid (Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi) di antara langkah pertama kita turunkan kembali kepada lapan…ini bukan perkara kecil,” katanya semasa berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, dekat Gurun, Kedah semalam.

Anwar berkata dalam masa lapan bulan memerintah negara, banyak masalah yang telah dan sedang diselesaikan kerajaan membabitkan pelbagai bidang termasuk pertanian dan pengangkutan.

Beliau berkata ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, belum pernah ada pertelagahan dalam soal untuk memartabatkan Melayu dan Islam walaupun ada pihak yang mempersoalkan perkara itu.



“Prinsip perlembagaan yang disepakati (oleh Kerajaan Perpaduan) tidak pernah dikorbankan, ini dok cerita di luar bahawa pimpinan Kerajaan Perpaduan ini akan khianat amanah bangsa.

“Bagi satu contoh di mana kita khianati Islam, bagi satu contoh di mana kita abaikan nasib orang Melayu, tidak ada, yang ada propaganda jahat dan fitnah di luar, saya minta rakyat Kedah bangkit dan tolak fitnah, tolak khianat ,” katanya.

Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail serta beberapa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang lain.

– Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker