Potong zakar sendiri, buang dalam tandas

Seorang lelaki di India bertindak memotong zakarnya dengan menggunakan pisau dapur dan mengepam organ tersebut dalam mangkuk tandas, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berkongsi butiran kejadian ngeri itu dalam sebuah  jurnal perubatan, pakar-pakar bedah di India berkata, mangsa yang berusia  berusia 52 tahun didapati menghidap penyakit mental skizofrenia.

Lelaki itu berhenti mengambil ubat dan  tidak hadir temu janji di hospital sehinggalah 16 jam selepas dia memotong zakarnya,  baru-baru ini.



Pakar perubatan berkata,  lelaki dari Pune itu tidak berniat membunuh diri,  namun bertindak demikian selepas mendengar suara dalam kepalanya menyuruh dia memotong zakarnya atau berdepan akibat buruk.

Menulis dalam Open Journal of Clinical and Medical Case Reports,  doktor di Kolej Perubatan Bharati Vidyapeeth, Pune berkata,   lelaki itu perlu menjalani pembedahan untuk merawat  lukanya.

Selepas tujuh hari berada di hospital, lelaki itu dibenarkan pulang, manakala selepas 20 hari menjalani pembedahan, dia beransur sembuh, kata pakar-pakar perubatan. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker