Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin

Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin

Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperlekeh institusi diraja di Selangor menggambarkan sikap sebenar pemimpin terbabit yang kononnya memperjuangkan isu Melayu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sikap ‘bermuka-muka’ Muhammad Sanusi itu membuktikan beliau tidak menghormati institusi raja Melayu yang menjadi lambang perpaduan masyarakat di negara ini.



“(Mereka) berulang kali melanggar dari segi kempen, tetapi juga terma dan adab dengan sultan dan Raja-Raja Melayu,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Kita Selangor Arus Merah Kuning Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati di kawasan tapak parkir kereta, di sini, semalam.

Amirudin berkata, pembangkang diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang ucapan atau kempen bersifat biadab terhadap institusi diraja.

“Ini satu perkara yang harus dinilai dan diinsafi oleh mereka,” kata Amirudin.

Ditanya adakah pihak Istana Selangor ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kenyataan Muhammad Sanusi, Amirudin memaklumkan tidak mengetahui perkara berkenaan.



“Itu tidak pasti dan saya tidak boleh bercakap tentang itu,” jelas Amirudin.

Mengulas kemungkinan ada laporan polis dibuat, Amirudin memberitahu, beberapa individu dijangka membuat laporan tersebut.

Sebelum ini, tular video ucapan Muhammad Sanusi di aplikasi TikTok yang memperlekeh kewibawaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana melantik Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor. Sinar

Sementara itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.



Berdasarkan jemputan kepada pihak media, laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 2.30 petang.

Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah



Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker