Nora terkena gangguan sihir pemisah

Nora terkena gangguan sihir pemisah

Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, mendedahkan pernah mengalami gangguan sihir pemisah.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelantun lagu popular Di Persimpangan Dilema itu memberi cadangan kepada pengikutnya untuk mencuba perubatan Islam sekiranya terkena sihir tersebut.



“Sihir itu memang wujud. Sihir pemisah juga memang angkara dengki, hati busuk dan kotor.

“Sesiapa yang pernah terkena, berubatlah dengan Darussyifa. Itu ikhtiar kita. Insya-Allah,” ujarnya.

“Saya juga pernah lalui macam-macam, itu sebabnya terpanggil untuk membantu orang lain juga.

“Allahuakbar.. Moga kita semua sentiasa dilindungi,” tulisnya lagi.



Sekadar info, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat sakit serangan jantung.

Nora kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff pada 13 Disember 2019.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55. Xtra



Nora terkena gangguan sihir pemisah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker