Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas

Kumpulan berkenaan aktif pecah masuk rumah pada waktu siang sejak Mei lalu.

Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas

PONTIAN: ‘Geng Eddy’ yang dianggotai lima lelaki termasuk seorang bekas pemain bola sepak, yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di siang hari tumpas, selepas ke semua mereka ditahan 3 Julai lalu.

Ketua Polis Pontian Mohammad Shofee Tayib berkata dengan penangkapan lima lelaki berusia 24 hingga 34 tahun itu, pihaknya telah berjaya menyelesaikan 13 kes di daerah Pontian, Batu Pahat, Tangkak dan Muar.



Beliau berkata geng berkenaan dipercayai mula aktif semenjak Mei lepas, dengan menjadikan rumah yang kosong pada siang hari sekitar pukul 2 hingga 3 petang setelah pemiliknya keluar bekerja, sebagai sasaran mereka.

“Mereka akan mengumpil pintu pagar dan tingkap sebelum masuk ke dalam rumah dan mencuri barangan berharga seperti barang kemas, wang tunai, jam dan beg berjenama.

“Sebelum tangkapan dilakukan, kesemua dipercayai sedang memecah masuk sebuah rumah di Sanglang, Benut, yang kemudiannya disedari pemilik seterusnya dikejar sebelum kereta yang dinaiki suspek terbabas berhampiran lokasi,” katanya kepada pemberita.

Mohammad Shofee berkata dua daripada suspek berjaya ditahan setelah kereta terbabas, namun tiga yang lain berjaya melarikan diri dan kemudiannya ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar Forest City, Iskandar Puteri dan Johor Bahru, pada hari yang sama.



“Kesemua rampasan dalam kes ini adalah RM350,000, selain kesemua yang ditahan positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah. Mereka direman sehingga 17 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah



Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker