Langkah mayat saya dulu – Tok Mat

Kenapa Tok Mat 'bertegang urat' dalam mesyuarat Jemaah Menteri?

Langkah mayat saya dulu – Tok Mat

Mei lalu, Pharmaniaga Bhd mengumumkan kepada Bursa Malaysia mengenai keuntungannya pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 merosot kepada RM2.65 juta daripada RM27.73 juta pada suku tahun sama sebelumnya.

Perolehan turut berkurangan sebanyak 8.5 peratus kepada RM880.45 juta daripada RM962.17 juta sebelum ini, sebahagian besarnya berikutan permintaan pelanggan yang rendah dalam segmen konsesi dan Indonesia.



Terdahulu, syarikat senaraian awam itu pernah mencatatkan kerugian bersih RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding untung bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya, dengan peruntukan RM552 juta untuk stok vaksin COVID-19 yang bergerak perlahan.

Situasi itu mendorong syarikat bermasalah kewangan itu berada di bawah kategori PN17 atau syarikat bermasalah kewangan. Perolehan syarikat merosot 27.1 peratus kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk membeli vaksin COVID-19.

Pharmaniaga ialah anak syarikat Boustead Holdings, bergiat dalam industri farmaseutikal dan penjagaan kesihatan bersepadu yang ditubuhkan pada 1994.

Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan ada pihak yang menggunakan ‘kabel’ dalam kalangan pemimpin tertinggi negara untuk membeli syarikat Pharmaniaga Bhd dengan harga murah.



Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah dengan tidak membenarkan urusan itu berlaku sambil menegaskan jika ada masih berdegil mahukan syarikat berkenaan, mesti ‘langkah mayatnya’ terlebih dahulu.

Katanya, beliau terpaksa ‘bertegang urat’ dalam mesyuarat bersama Jemaah Menteri mengenai hal itu bagi mempertahankan syarikat berkenaan.

“MINDEF (Kementerian Pertahanan) bagi berbilion-bilion (ringgit) untuk jalankan perniagaan, uruslah dengan elok-elok.

“Bagaimana saya bertengkar dalam (mesyuarat) Kabinet, hampir-hampir saja Pharmaniaga hilang konsesinya. You (anda) tanya (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Datuk (Ahmad) Nazim (Abdul Rahman) dan tanya MOF (Kementerian Kewangan).



“Bukan senang. Sampai ada orang buat bidaan melalui pemimpin tertinggi nak beli syarikat kita. Nak beli murah-murah. Macam-macam.

“Jadi saya cakap tidak. Langkah mayat saya dulu. Biar saya uruskannya. Biar kita sama-sama uruskan syarikat kita dan saya sangat pasti kita boleh bangunkan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (MAMPAN 25) di sini hari ini.

Pada 14 Mac lalu, Pharmaniaga Bhd mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Md Eusope, melepaskan jawatannya. BH

Langkah mayat saya dulu – Tok Mat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker