Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera

PENYANYI Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.

Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera

PENYANYI Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.

Kata Misha netizen tersebut sepatutnya ‘cermin wajah’ mereka dahulu sebelum terlalu mudah mengata orang lain terutama tentang fizikal seseorang.



“Tengok muka depan cermin, adakah diri sendiri sempurna? Mulut terlalu mudah mengata orang.

“Saya rasa ramai yang menjalani kehidupan yang agak bitter dan menggunakan media sosial untuk melempiaskan kekecewaan dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa.

“Perkara ini boleh menjadi ‘barah’, jadi kepada yang suka menghina rupa paras orang lain, nasihat saya, bersahabatlah dengan cermin,” tegasnya.

Misha berkata demikian kepada Astro Gempak selepas hadir pada majlis pelancaran Festival Muzik KEPCI 2023 anjuran KFC Malaysia di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor pada Selasa.



Pun begitu, Misha menasihatkan Nadeera agar tidak membiarkan komen negatif di media sosial menghancurkan semangatnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya.

“Nadeera adalah penyanyi yang bagus dan imej setiap penyanyi akan datang seiring (bakat).

“Contoh terdekat adalah Ernie Zakri dan Aina Abdul yang menjadi diri mereka hari ini selepas melalui fasa-fasa tertentu.

“Kita kena biarkan bakat-bakat baharu berkembang, berikan mereka masa,” ujarnya.



Pada konsert akhir Big Stage 2023 Ahad lalu, Nadeera mengakui berasa tersinggung dengan kata-kata hinaan yang tergamak menyamakan wajahnya dengan haiwan. Gempak

Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah



Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker