Sabah catat 58 pelajar sekolah positif Covid-19


Seramai 58 pelajar tingkatan lima serta enam di Sabah disahkan positif Covid-19 setakat semalam.

Semua pelajar berkenaan disaring sebelum kembali ke asrama masing-masing.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga jurucakap berkaitan Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Sandakan adalah daerah paling ramai mencatatkan pelajar positif Covid-19 dengan seramai 10 orang, diikuti Lahad Datu dan Semporna, masing-masing tujuh pelajar.

“Enam pelajar dikesan positif Covid-19 di Tawau manakala empat kes di Kalabakan, Kota Marudu dan Kudat manakala tiga kes lagi direkodkan di Kinabatangan dan Ranau selain dua kes di Telupid serta Tongod.



“Daerah Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kunak, Papar dan Pitas pula masing-masing merekodkan satu kes positif membabitkan pelajar kembali ke asrama,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 Sabah malam ini.

Sementara itu, berkaitan kes Covid-19 melibatkan pelajar dan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid, Keningau Masidi memaklumkan hanya seorang guru dan pelajar didapati positif setakat hari ini.

“Kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Keningau.

“Susulan itu, seramai 64 orang dikenal pasti sebagai kontak rapat dan mereka semua dikuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau.



Jelasnya, hasil siasatan awal menunjukkan kebarangkalian jangkitan adalah daripada komuniti dan bukan jangkitan di sekolah.

Tamabahnya lagi, sejurus mengesan kes di sekolah itu, Pejabat Kesihatan Keningau mengambil tindakan segera mengenal pasti semua kontak rapat dan mengasingkan mereka daripada guru dan pelajar lain.

“Proses sanitasi turut dilaksanakan semalam dan sesi persekolahan dibenarkan seperti biasa dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat,” katanya. K Online

Malaysia catat 8,000 kes sehari pada Mei jika kadar semasa berterusan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker