Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Penyanyi Baby Shima menyaman Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan PU Syed berkaitan kata-kata memfitnahnya.

Menurut Berita Harian, Rahman pernah mendakwa penyanyi itu “menjual agama” kerana mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.`

Kata laporan itu, PU Syed atau nama sebenar, Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti “soal halal dan haram” berhubung penganjuran sesuatu konsert.



Writ saman dan penyataan tuntutan dibuat menerusi peguam penyanyi itu, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi, di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

“Kedua-dua tindakan terhadap individu yang dinamakan difailkan atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan ‘malicious falsehood’ di bawah undang-undang ‘tort’.

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” kata laporan itu.

Menurut Noor Azfar, pihak Baby Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli, tidak berhasrat memberi komen lebih lanjut buat masa ini.



Katanya, langkah itu diambil sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak dinamakan belum menerima kertas kausa yang difailkan.

“Kami juga sudah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang terbabit menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersial,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah



Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker