Hukum minta gambar bogel isteri

Hukum minta gambar bogel isteri

Haram atau halal suami minta gambar isteri tidak pakai baju sebab suami berjauhan dengan isteri untuk mencari nafkah, suami minta gambar isteri bila perlu?

JAWAPAN: Selepas berlakunya akad nikah yang sah antara seorang lelaki dan wanita, maka tiada lagi aurat antara mereka berdasarkan hadis: “Jagalah aurat kamu kecuali daripada isteri kamu atau hamba yang kamu miliki”.



Ulama bersepakat bahawa tidak haram suami melihat seluruh tubuh isterinya dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, tindakan berkongsi gambar yang mendedahkan aurat antara suami isteri di dalam WhatsApp dan media sosial dibimbangi akan membuka ruang terdedahnya gambar tersebut kepada orang lain.

Ini seterusnya boleh menyebabkan kemudaratan lebih besar. Maka, perkara tersebut lebih baik untuk dielakkan dan ini bertepatan dengan beberapa kaedah fiqh iaitu: Menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudaratan.

Kaedah fiqh yang lain: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.



Namun, melihat kepada pasangan (yang halal) sambil masing-masing menimbulkan keghairahan kemudian diikuti dengan perbuatan onani pula mempunyai hukumnya yang tersendiri.

Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat adalah harus dan tidak berdosa. Bahkan, kaedah fiqhiyah juga menyebut: “Kemudaratan itu membolehkan apa yang terlarang”.

Ini merupakan pendapat yang diriwayatkan daripada Imam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim serta pendapat daripada Ibn Aqil. Bahkan, pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukannya apabila terdesak dan perlu. (Lihat: Al-Bada’I Wal Fawa’id, jld. 2, hlm. 870).

Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya, maka hukumnya adalah haram dan ditegah.



Ia termasuk dalam perbuatan yang keji dan kotor serta memudaratkan akal serta jiwa sehingga menjadikan dirinya dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi akan terjebak kepada perzinaan.

Namun, apabila syahwat itu terlalu mendesak dan menggoda, maka beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syahwat demi mencegah zina.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu:

a) Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu menggunakan gambar lucah atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina, sebaliknya ia sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan perbuatan seperti itu diharamkan.



Oleh demikian tidak digalakkan memuaskan nafsu secara online, walaupun dengan pasangan yang halal, sebab ia akan menimbulkan ketagihan dan kemungkinan akan terjebak melakukan perkara lebih jauh lagi hingga membawa kepada perkara diharamkan oleh syarak. Perlu diingat, tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.

b) Adapun sebaliknya, mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang halal atau haram kerana niatnya sekadar untuk mengurangkan tekanan seksual. Ini dibolehkan.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan menggunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan.

Firman Allah SWT: “Dan bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu.”
(Surah al-Taghabun: 16).



Kesimpulannya, apabila terdesak dan perlu untuk menurunkan tekanan syahwat dengan cara beronani, namun begitu tidak digalakkan menggairahkannya melalui online, panggilan video dan sebagainya.

Adalah dianjurkan supaya pasangan tersebut berusaha menjaga syahwat mereka dengan berpuasa serta berusaha menghindarkan diri daripada membayangkan kelazatan berjimak bersama pasangan.

Oleh demikian, hendaklah mereka berikhtiar untuk dapat berkumpul semula dan tidak tinggal berjauhan supaya tercapai matlamat perkahwinan yang telah dibina dengan ikatan diredhai Allah SWT.

Ingatlah pesanan Allah SWT ini dan jadikanlah ia sebagai motivasi. Firman Allah SWT;



“Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya.” (Surah Al-Nazi’at: 40-41). K Online

Hukum minta gambar bogel isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker