Kes ‘porno’ seksa kera, timang semula keputusan NFA

Kes ‘porno’ seksa kera, timang semula keputusan NFA

Sebuah gabungan hak asasi haiwan antarabangsa merayu peguam negara mempertimbangkan semula keputusan “tiada tindakan lanjut” (NFA) ke atas beberapa kes porno penyeksaan haiwan membabitkan kera berekor panjang.

Sarah Grant dari Asia for Animals Coalition (AfA) berkata keputusan itu sangat mengecewakan lebih-lebih lagi semakin banyak video penyeksaan dan pembunuhan anak monyet dimuat naik ke media sosial.



“Ia penting apabila terdapat bukti individu bertanggungjawab ke atas kekejaman sadis itu, tindakan diambil bagi menghantar mesej jelas bahawa kekejaman itu tidak boleh diterima, selain bertindak sebagai penghalang kepada orang lain,” kata Grant dalam surat dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 5 Julai lalu.

Salinan surat itu turut dihantar kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said serta Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kadir Abu Hashim.

Pada 5 April lalu, jurucakap Lawyers for Animal Rights, Rajesh Nagarajan berkata, laporan polis difailkan terhadap dakwaan penyeksaan itu diklasifikasikan NFA oleh Jabatan Peguam Negara, keputusan disifatkan NGO itu sebagai “tidak logik”.

Pelaku dikatakan merakam aksi penyeksaan primat itu dan menjual video terbabit dalam kumpulan Telegram “Monkey Haters”.



Beliau berkata, kera berekor panjang itu dikategorikan spesies “terancam” oleh Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) serta dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Grant memetik laporan AfA pada 2021 yang menekankan 5,480 item kandungan membabitkan kekejaman haiwan di Facebook, YouTube, Twitter, Instagram dan Telegram, yang ditonton secara kolektif sebanyak 5.34 juta kali.

Beliau turut memetik analisis data AfA pada Februari yang mendedahkan primat dipaparkan dalam 70% daripada 1,703 item kandungan kekejaman haiwan didokumenkan, dengan kera ekor babi utara dan ekor panjang merupakan spesies paling kerap “digunakan”. FMT

Kes ‘porno’ seksa kera, timang semula keputusan NFA



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker