Cermin diri dulu Muhyiddin – Fahmi

Cermin diri dulu Muhyiddin – Fahmi

Jurucakap utama kerajaan, Fahmi Fadzil membidas Muhyiddin Yassin kerana mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim “tidak boleh diharap”, kerana kata-kata bekas perdana menteri itu sendiri meragukan.

Pengerusi Perikatan Nasional itu sebelum ini menyifatkan pentadbiran Anwar “tidak boleh diharap” dan mendakwa ia gagal selesaikan pelbagai isu.



“Kadang-kala, apabila saya mendengar kenyataan daripada Muhyiddin, bagi saya ianya tidak boleh diharap,” kata menteri komunikasi dan digital itu ketika ditemu bual FMT.

“Dia boleh kata kepada orang ramai yang dia dah tandatangan contohnya dokumen tentang pelupusan hutang Felda… tapi soalan asas di situ ialah kamu tandatangan atau tidak?” katanya, merujuk kepada hutang berkait Felda.

“Jawapannya ialah kamu tidak tandatangan (dokumen pelupusan), kamu tak boleh diharap.”

Pada Julai 2021, Muhyiddin selaku perdana menteri ketika itu mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan hutang peneroka Felda yang berjumlah RM8.3 bilion, namun tertakluk pada syarat tertentu.



Bagaimanapun, Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa hutang telah dilupuskan sehingga lah beliau berbuat demikian baru-baru ini.

Muhyiddin mempertikaikan dakwaan Anwar, antaranya dengan memetik kenyataan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said di Parlimen, namun perdana menteri menegaskan bahawa beliau lah yang menandatangani dokumen berkaitan.

Bagi Fahmi, isu-isu seperti dakwaan Muhyiddin tentang program pelupusan hutang Felda yang menimbulkan keraguan sama ada Ahli Parlimen Pagoh itu boleh dipercayai.

“Jadi bagi saya, sebelum Muhyiddin berkata apa-apa kepada mana-mana pihak yang lain, lihatlah dalam cermin wajah Tan Sri yang tak boleh diharap,” katanya. FMT



Cermin diri dulu Muhyiddin – Fahmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker