Mahathir kritik prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’

Mahathir kritik prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’

Mahathir Mohamad mempersoalkan prestasi Anwar Ibrahim mentadbir negara selain mendakwa negara dilanda pelbagai isu semenjak perdana menteri itu mula menerajui kerajaan.

Mahathir berkata, kerajaan masih dibelenggu oleh keadaan politik yang “tidak tentu arah”, dan beliau memberikan amaran tentang kerosakan yang tidak dapat dipulihkan sekiranya keadaan ini berterusan.



“(Anwar) dapat enam bulan (pegang kuasa), apa dia buat?” soalnya dalam satu episod audio siar.

“Keadaan mata wang jatuh, inflasi masih berterusan, ekonomi tak dapat dipulihkan … apa kejayaan (Anwar)?”

Beliau juga mendakwa mendapat aduan daripada penjawat awam bahawa mereka “tiada kerja” kerana tidak mendapat sebarang arahan daripada menteri.

“Menteri tak bagi ‘directive’ apa pun, (kakitangan) makan angin, (itu) saya dengarlah,” katanya.



Awal hari ini, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pada separuh pertama tahun ini, negara mencatatkan pelaburan bernilai RM1.7 bilion.

Katanya lagi, pertumbuhan ekonomi negara mengatasi Singapura, China, dan Indonesia pada tahap 5.6%, manakala inflasi bulanan rendah pada 2.8%. FMT

Mahathir kritik prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)



Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker