Hakim menangis dalam mahkamah

Hakim menangis dalam mahkamah

Muar: “Sebagai ayah, kamu sepatutnya menjadi wira dalam keluarga melindungi anak-anak. Saya sedih mengapa perkara ini boleh berlaku,” luah Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun serta 30 sebatan terhadap seorang tukang urut yang mengaku bersalah merogol anak kandungnya.

Tertuduh berusia 46 tahun itu membuat pengakuan bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibaca.



Abu Bakar dilihat menitiskan air mata ketika jurubahasa membacakan fakta kes tertuduh di mahkamah di sini, tadi.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun dengan kejadian pertama berlaku pada 22 Jun lalu.

Dia sekali lagi mengulangi perkara sama pada 26 Jun dan kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada 3 Julai lalu.

Ketiga-tiga kejadian berlaku di tempat sama iaitu sebuah rumah di Sri Medan, Batu Pahat.



Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali bagi setiap pertuduhan.

Selepas mengambil kira pengakuan tertuduh, Abu Bakar kemudian menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 10 sebatan masing-masing untuk pertuduhan pertama, kedua dan ketiga.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak tetapi bagi hukuman sebatan, perlu dijalankan secara berasingan.

Bagaimanapun, Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan 24 sebatan adalah jumlah maksimum dibenarkan mengikut kanun berkenaan.



Tertuduh juga diarahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditahan 8 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira perkembangan terkini kes rogol melibatkan bapa kandung selain mencerminkan kepentingan awam melebihi tertuduh. HM

Hakim menangis dalam mahkamah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker